*First time faz naik flight wei* hahaha
sound of wind
Well, sabah negeri bawah bayu babeh. Sape tak tahu sabah memang terkenal dengan gunung
Kinabalu, Pulau Sipadan Semporna, dan2 jgn tak tahu dekat kota kinabalu atau KK ni pun ada pulau yang cantik-cantik tau. Antara pulau yang sempat faz pergi, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan passby Pulau Mamutik. Haha pun boleh. Airnya sangat la jernih, best sangat tapi faz fall in love dengan Manukan but overall semua memuaskan hati.
Seingat faz pergi sabah masa tahun 2015 tahun tu je faz pergi sana 2 kali. First time sampai, agak "jakun" dengan keadaan sana. Lebih2 lagi bila masa pun turut berubah yang mana pukul 6 petang dah gelap macam kul 7 dekat semenanjung. Kali pertama pergi hanya dengan mak. Kali kedua faz dengan mak bawa sepupu faz. Saja bawa dia jalan2 kebetulan dia tengah cuti semester.
Food !
Kalau korang pergi sana, pasal makanan tak payah risau. Memang sedap lagi2 seafood dia. Pergh !! FRESH ! Sumpah sedap terasa manisnya seafood2 tu. Siapa2 peminat seafood boleh la terjah ke sana tapi jangan keterlaluan pulak makan kang kena gout susah pulak 😰
Masa dekat sana, faz ada satu benda yang boleh kata tiap2 malam nak makan. Favourite faz chicken wing yang mana orang sana panggil "sayap". First time dengar macam blur2 jap sbb tak sangka diaorang panggil "kepak" tu "sayap", tapi apa pun itu satu benda yang kita boleh belajar ditempat orang. Rasa sayap ini mcm ayam madu tu, rasa madu, manis2 dan ada rasa salai2 sikit. Nyumm3 😏
no pic of food for you guys. ha ha ha
Kaki Gunung ya ! Not kaki ayam !
Selain itu, yang best dekat Sabah ini , korang kena pergi Kundasang & Ranau (dah dekat kaki gunung kinabalu). Tempat2 ini menghala ke Gunung Kinabalu. Ya Allah, dengan sejuknya dan dikelilingi hutan-hutan kiri kanan. Rasa ketenangan yang amat sangat. Tak silap dekat kundasang ada fairy fam. Tempat lembu2 diternak macam dekat New Zealand tu . Serius rasa macam pergi luar negara. Dekat Dairy Fam tu ada la tempat kalau kita nak beli fresh susu ke, aiskrim ke, makanan pun ada. So, kalau korang nak pergi better naik 4x4. Kalau naik kereta boleh jugak tapi agak kurang sesuai la.
Masa pergi sini, faz & family decide untuk tidur di ranau. Kitaorang stay dekat Dream World Resort Kundasang kalau tak silap. Hahaha sbb masa itu dah malam dan tak ada pun buat apa-apa reservation sbb plan mengejut macam itu je. Ambil dua buah bilik , 1 bilik abg & akak ipar dan baby boy. Lagi satu bilik, faz, mak dengan anak sulong abg (nak tidur dengan nenek).
relaxing of night
Masuk itu masing masing dah bersihkan diri semua, tetiba mak mulakan conversation :
Mak : Seha tutup aircond la, sejuk.
Faz : Jap mak.
Punya lah cari suis aircond (gigih) . Tapi tak ada pun sampaikan faz cari suis kipas kalau ada.
Faz : Mak, tak ada la. Lagipun tadi masuk tak ada pun buka aircond.
Mak : Eh yeke? Kipas pun tak ada ?
Faz : Tak ada mak. hahaha
So, malam itu, masing masing tidur dengan kesejukan sampaikan selimut dekat katil pun rasa sejuk. Nasib bawa kain batik ok lah dari tak ada kan untuk buat panas2 badan. Paling best kalau korang mengantuk basuh muka terus segar sebab air dekat singki macam air batu. Hahaha. Nasib shower memang air suam2 gituu. Tak payah setting pun sebab memang pihak hotel dah setting siap - siap kecuali air dekat singki memang original air sejuk beku.
Waktu yang paling best nak tengok pemandangan dekat situ waktu subuh dalam pukul 5 lebih nak ke pukul 6 pagi. Sumpah ! Uolls memang akan kagum dengan keindahan Allah SWT . Lupa dekat sana pukul 6 pagi dah macam pukul 6.50 / 7 pagi dekat semenanjung so jangan terkejut pulak ye. Memang cantik terus nampak Gunung Kinabalu dari view bilik kitaorang. Dekat beranda tu boleh nampak awan2 dah macam rasa kitaorang dekat atas awan. Mana taknya kalau dah tidur dekat kaki gunung mahu tak rasa dekat atas awan. Masa ini mak kejut suruh bangun tengok tempat itu. Kalau malam memang tak nampak apa2 la. Jadinya pagi itu baru nampak.
ini da nak dekat waktu siang da
kaki gunung kinalabu katanya
my fav pic taken by me
Souvenir
Korang nak beli souvenir kena beli dekat pasar filipine. Memang murah2 dan macam macam ada. Dari segi makanan yang macam kerepek2 tu tapi bukan kerepek la sampai la keychain, mutiara, gelang2 , cincin, baju, topi , ikan kering pun ada senang cerita semua ada. Ramai juga pelancong datang beli dekat situ sebab boleh tawar menawar. Kalau korang pandai cakap sabah lagi best. Untungnya faz sebab kakak ipar orang sabah so dialah yang tawar menawar. Ha ha ha.
Jangan cakap banyak duit bolehlah. NO ! Tak semua orang berduit tapi kena kumpul duit untuk kita dapat pergi mana kita nak (faz pun kumpul duit tau nak berjalan). Tak semestinya kena pergi luar negara, kita pergi dalam negara pun da cukup. Kita jelajah dalam negara dulu, belajar semua budaya yang ada di Malaysia. Taste the food (faz suka makan nyummm)
Luaskan semangat bertravel ! #kakitravel
Love,
Faz
No comments:
Post a Comment