Saturday, April 25, 2020

SONGKRAN FESTIVAL !

credit : pakcik Google


Perginya tahun 2018 (kena tulis besar sikit kang orang ingat aku pergi sana musim2 PKP ni 😅) pada bulan April, tahun ini baru nak up 😂 2 tahun dah berlalu. Sorry guys ! Ke'busy'an melanda 2 tahun kebelakangan ni 😝
.
.
.
.
.
.

Faz pergi Songkran dekat Hatyai. Teringin nak main tembak-tembak orang pakai pistol air (tak ada keje kan -_-). So Faz pergi with the whole family, mak, along, anak sedara and the boys (of course la nak kena jaga weols yang gegirl). Penunjuk segala jalan adalah kak long faz dengan kawan dia. So gerak dari KL waktu malam naik bas, sampai Kedah dalam kul 4 lebih nak pukul 5 pagi macam tu. Then kawan kak long faz jemput dekat stesen bas Sungai Petani , then terus gerak pergi ke pintu masuk Thailand. Sebelum tu singgah subuh dulu dekat RnR. Then teruskan perjalanan. Sebelum terlupa kalau ada yang nak pergi, make sure korang sampai dekat pintu masuk thailand pagi2 subuh ye sebab beratur je boleh tahan panjang lagi2 musim Songkran. 

Pergi dalam 4h3m kot, punya lah tak ingat, kejap la recall balik 😓.  Hari pertama sampai Hatyai kak long faz bawa kitaorang 1 family pergi makan dimsum(Dimsum Chabura Hatyai) korang boleh la search dekat Facebook. Ramai dah pergi sini. No worry halal ye sebab ownernya kalau tak silap orang Pattani muslim.

P/s : pergi makan dengan tak mandi nya lagi tu hahaha..makan makan dulu beli simcard semua. Bila ingat balik ya Allah perangai 😂

sedap dimsum dia..nyumm




Lepas makan kitaorang terus direct pergi hotel, mandi terus tidur.  Petang apa lagi start meronda ronda sekitar hotel. Nak tengok sikit malam songkran ni macam mana kan.




please slow kan speaker anda 😅





Time songkran gambar gambar hilang tapi memang happening. Faz main dekat depan hotel je (siap pakej tak mandi terus turun main tapi iols gosok gigi and cuci muka dulu la 😂) + diaorang pakai air batu so memang sejuk yang amat. Siapa baju kering memang diaorang tembak je pakai pistol tak pun jirus guna baldi 😂 Tiba tiba teringat sorang uncle dari Melaka ni, suka betul tembak faz ish ish hahaha..

P/s : Waktu songkran tak payah la pakai makeup bagai memang lencun selencunnya 

                                   
while songkran


bertemankan laut yang terbentang luas


tomyam dia kemain mangkuk besar


Tapi walaupun besar gedabak macam tu pun bleh dikira murah la sebab banyak 'isi' kata orang. Udang pun besar besar. Harga kalau convert duit kita dalam RM18++  macam tu la. Tapi serius puas and rasa tomyam dia lain dengan yang dekat Malaysia. 

After that ada la pergi floating market. Nak beli souvenir boleh la beli dekat situ + siapa yang nak makan mango apa tu, kat sana banyak. Memang ada disediakan tempat untuk duduk makan. Memang kalau pergi Thailand ni uols tak boleh nak diet la sebab kejenya memang makan lagi dan lagi. Kalau diet rugi ler...sila diet selepas balik Malaysia ye hee 💃

Ada rezeki inshaAllah akan pergi lagi. Seronok bila kita berjalan dekat tempat orang, luas pemandangan dan banyak benda kita belajar sebenarnya bila kita travel. Siapa setuju dengan faz ?

Love, 
Faz









No comments:

Post a Comment