Assalamualaikum and holaa..
Dah pun masuk tahun 2018, syukur alhamdulillah dan masih single (eh tetiba 😋😋) and this year i will be 28...Omaigishh 😐..nah what to do ? just enjoy your life laa kan..it's just a number but inside very young
.
.
.
ok berkaitan dengan tajuk diatas, siapa pernah dapat surat dari mahkamah berkaitan ptptn ? well, ini pengalaman faz tentang uruskan ptptn yang tertunggak dan buat penstrukturan semula (alhamdulillah Allah tunjukkan jalan cara nak bayar balik ptptn eventhough masa tu hati dah tak kental sebab dapat surat mahkamah )
Ok first dapat surat itu, jangan gabra, take a deep breath. So first, kalau en/cik/puan ada dapat surat mahkamah itu, baca dulu isi kandungan , selalunya dalam surat itu akan dinyatakan tarikh untuk kita datang mahkamah tapi kalau tak nak datang mahkamah ada caranya (kira settle luar la). Kalau perasan dalam surat itu, ada nama pegawai undang-undang yang keluarkan surat saman ke atas peminjam, dan dekat bawah nama itu ada no.telefon pegawai itu.
First yang faz buat dulu, faz call pegawai undang undang itu waktu pagi dalam kul 8-8.30 sebab kadang diaorang tengahari tak ada pergi mahkamah. Tapi masa faz call itu, faz cakap dengan pembantu dia sebab pegawai undang undang itu tak ada, dah pergi mahkamah, so faz tanya bila dia available, dan pembantu pegawai cakap dalam tengahari. Alhamdulillah, tengahari itu dapat cakap dengan pegawai dan bincang la dengan pegawai itu, apa yang boleh kita buat kalau tak nak datang mahkamah, boleh tak kita nak bayar sikit. Sebab selalunya kalau nak buat penstrukturan ini, kita kena bayar full tunggakan. Macam faz ada tertunggak dalam 6k, tapi sebab sedar diri duit tak ada, so bincang2 boleh keluarkan duit dari KWSP akaun 2. Ikut atas budi bicara pegawai tersebut untuk bayar berapa sebab kalau faz tak silap minimum 1k.
Pegawai itu tanya faz ada tak i-akaun KWSP , faz cakap ada dan dia suruh faz mohon pengeluaran pendidikan secepat yang mungkin sebelum perbicaraan kali ke 2. Yang pertama faz tak dapat datang sebab tarikh hadir diri time itu la surat baru sampai rumah,lalu gimana sih gue mau pergi ke KL sedangkan gue duduk di batu pahat 😀. Dalam 2,3 hari kemudian faz dapat sms suruh pergi branch KWSP yang terdekat dan bawa la dokumen yang berkaitan, tapi malangnya permohonan faz ditolak sebab skrol yang faz bawa dengan maklumat di PTPTN berbeza.
Faz figured out permohonan faz ditolak sebab faz dulu belajar dekat kolej yang berkerjasama tapi masa faz g KWSP itu faz tak bawa bukti yang faz study dekat kolej yang bekerjasama cuma faz bawa skrol je. So faz buat permohonan kali ke 2 secara manual, faz prepare siap2 segala dokumen yang diperlukan bagi kolej yang bekerjasama dengan universiti induk/kolej induk.
.
.
.
*mesti uols nak tahukan dokumen apa yang diperlukan, so ini dia dokumen2 yang diperlukan :
- Skrol asal
- Transkrip asal
- Surat perjanjian PTPTN (yang korang awal2 dulu masuk belajar duk sign byk2 kertas itu)
- IC (mesti lah kan)
- Surat beranak (kalau tak silap la)
*sila buat photocopy ok sebab nanti pegawai KWSP akan ambil dokumen2 itu (yang asal korang simpan, dia akan ambil yang photostat tu je)
Tapi bagi yang memang study dekat induk cuma perlu bawa skrol asal, transkrip asal,ic dan surat beranak dan sila buat photocopy jugak ok. Nanti tak adalah nak berulang alik.
.
.
.
Then dalam 2,3 hari dia akan hantar sms yang mengatakan permohonan kita berjaya. Jangan lupa inform pegawai undang undang korang tau supaya dia boleh extend tarikh hadir diri ke mahkamah. So tunggu dalam beberapa hari call ptptn hotline untuk tanya samada pihak KWSP dah buat pembayaran ke PTPTN atau belum. *Duit itu dia tak akan masukkan dalam acc bank kita ok, dia akan terus buat pembayaran ke pihak yang berkaitan
Kalau pihak PTPTN dah terima pembayaran bolehla pergi ke branch PTPTN terdekat untuk buat penstrukturan semula tapi sebelum pergi , faz nasihatkan untuk korang beli duti setem 2 keping sebab diaorang akan buat perjanjian baru untuk korang. Nanti bincangla dengan pegawai PTPTN berapa sebulan korang mampu bayar, dah setuju, sign surat perjanjian yang baru and then settle.
Tahniah anda dah pun berjaya settlekan dan pastikan selepas ini bayar ikut amaun yang ditetapkan. Hati pun dah lega, nak g travel pun tak ada masalah dah ❤
Ps: kita berhutang untuk sambung belajar, dah dapat kerja bayarla balik duit yang kita pinjam itu supaya generasi seterusnya dapat meminjam untuk menyabung pengajian dan mencapai cita-cita yang diidamkan.
Love,
Faz
Tq faz Info terbaik... :)
ReplyDeleteyour welcome..hrpnya membantu dlm urusan ptptn cik :D
Delete