Assalamualaikum hampir bersawang dah blog faz ni (mana sawangnya 😆) "ko tak nampak ayat atas tu belated lg ke faz oii"
.
.
.
.
Harap maaf dan ampun dipinta jika terdapat kesilapan dan tatabahasa mengarut faz dalam blog yang tak berapa nak famous ini. Selamat Hari Raya uolls even dah berapa hari Raya meninggalkan kita. Semoga kita sama2 panjang umur lagi dan harap agar dapat berjumpa bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri tahun depan. InshaAllah
.
.
.
.
Pernah dengar nama Tasik Kebun Serendah tak ? Mesti ada yang tahu dan ada yang tak tahu kan..Faz mula-mula pun tak tahu , tapi entah macam mana boleh ter'google'. Faz taip apa pun faz tak sure sebab dari tahun lepas kot kalau tak silap faz usha tempat ini..
So here you are TASIK KEBUN SERENDAH
.
.
Tanpa membuang masa faz nak beritahu yang bulan 3 haritu faz dapat bawa mak faz pergi bercuti dekat Tasik Kebun Serendah, Selangor. Alhamdulilllah ada sedikit rezeki untuk bawa mak berjalan walaupun dekat tapi atleast keluar sebentar dari kesibukan kampung (orang lain kesibukan bandar) nak buat mcm mana dah faz memang duduk kampung ken..(kampung girl uols)
hu hu hu
Entrence Tasik Kebun Serendah (gambar diwktu malam)
Faz memang dah lama aim tempat ni sebab sunyi dan ala2 mcm dalam hutan even resort ini sebenarnya dalam taman perumahan. Yup apa uols baca itu betul "TAMAN" ye..taman huhu. Faz tempah melalui facebook Tasik Kebun Serendah tetapi more kepada whatsapp lah. Sangat senang berurusan dengan En.Helmy yang menguruskan booking faz masa dekat sana even staff-staff pun friendly.
.
.
Nah ! Gambar pemandangan malam dia. Sangat cntik uols. Tasik Kebun Serendah ini pun menerima tempahan untuk buat wedding, team building, meeting ke sebab diaorang ada kemudahan yang disediakan. Tempatnya pun tenang je. Those memories still in my mind 💗
faz baru tahu kewujudan air vitamin ni 😂
perfect morning for me 💓
Dekat sini jugak ada swimming pool, so memang boleh sangat2 bagi siapa2 nak buat family gathering sebab budak2 kan suka pool. Mengenai security pulak, jam 12 malam pihak Tasik Kebun Serendah akan tutup pintu gate bagi keselamatan pengunjung yang bercuti dekat sana. Tak silap ada deposit Rm100 (akan dipulangkan balik semasa checkout nanti) dan 50% deposit diperlukan untuk secure your date. Haa gitewww
harga untuk tahun 2018 (awal tahun haritu)
image : En Helmy Tasik Kebun Serendah
image : En Helmy Tasik Kebun Serendah
Sebelum terlupa faz amik "Farmhouze Villa" untuk 1 stay faz dekat sana, so gambar2 yang faz upload ini, utk "Farmhouze Villa". InshaAllah akan datang lagi.
Some gift for you !
Next trip cont..
Love,
Faz
No comments:
Post a Comment