Thursday, April 30, 2020

Pengetahuan tentang Scam & Courier

Assalamualaikum untuk tahun 2020




Selamat menyambut bulan Ramadhan even kita dah berpuasa genap seminggu
*tapi sis da layan lagu raya masa duk menaip ni lol*
always late than usual ^^

Yah I know it's late but I think it's still okay πŸ’› So hopefully you guys are being well since MCO start, being positive even you are not but at least you try πŸ˜‡


Lately ni, Faz banyak dapat komen/dm/chat di telegram berkaitan isu scam lagi lagi dipost sebelum ni scam kiriman barang . And I'm really sorry for that sebab banyak terlepas pandang komen uols.


So, Faz decide nak share sikit pasal courier yang mana maybe uols tak tahu atau kurang tahu dan apa tindakan yang perlu uols buat..Okay ?


So the first thing mengenai courier atau penghantaran ke luar negara atau ke dalam negara. Apa yang Faz share ni sedikit sebanyak pengalaman yang ada maybe kalau ada sesiapa yang tahu boleh share juga dekat komen di bawah.




Kebiasaanya, benda pertama yang anda perlu tahu dan quite penting.

1. NAMA ACC

Meaning of that , setiap pembayaran dibayar ke account company bukan acc personal atau persendirian. Contoh acc company kalau Aramex, akan di bayar ke atas acc Aramex. Acc persendirian tu diatas nama perseorangan contohnya Salina Binti Abu sebab ada yang masih kurang tahu apa itu acc personal. 
no joke guys..

P/s: Tetapi kalau ada yang beri acc company boleh la check dahulu legal ke tak no acc tu. 

Setakat apa yang Faz tahu , kita akan bayar apabila dah terima barang bukan sebelum terima barang. Dan ada juga courier yang akan minta kita bayar semasa dia hantar barang tu pada kita, maksudnya bayar by hand, contoh courier ni adalah Fedex sebab company faz ada beberapa kali berurusan dengan pihak tersebut.

2. MASA

Masa penghantaran yang scam ini akan ambil ialah dalam 2-4 harΔ± saja tapi jarang la sampai 4 hari. Kebiasaanya 2 @ 3 hari je dah ada yang email/whatsapp mengatakan dari courier.  Fikir logic guys, uols beli barang dekat Shopee pun ambil masa lebih dari tu nak sampai , tu dalam Malaysia. Ini luar Malaysia, 2 hari dah sampai, express betulkan.

Penghantaran ke Singapura pun ambil masa dekat 4-5 hari ini kan pula konon dari London, Amerika etc. How i know ? Sebab Faz dah biasa buat delivery ke Singapura dan kalau delivery ke US pun ambil masa dekat 10-14 hari itu pun dah ambil pakej priority express guys 😜

Kita ada akal so boleh guna untuk analisa semua benda itu. Jangan sebab dah jatuh sayang kita kelabukan mata. 

Kenapa Faz cakap macam tu ? Sebab ada je yang degil tak nak perΓ§aya. Dah tanya kita macam-macam then tak nak parΓ§aya. So apa lagi kudrat yang Faz ada nak selamatkan uols yang degil ni. terpulang, tanya pada hati dan diri sendiri. Semoga yang uols kenal tu bukan lah scam. 

3. WEBSITE

Website untuk track korang punya tracking number macam Poslaju, Citylink etc. Cuba korang cari website courier yang diaorang konon buat delivery. Selalunya kalau courier yang digunakan ialah courier yang sentiasa orang guna untuk buat delivery ke luar negara, bila korang taip nama courier tu kebiasaannya akan senang jumpa konto DHL, Fedex, Aramex, USPS etc

P/s : zaman sekarang nak buat website dah senang, tapi maybe korang boleh bezakan sesuatu website courier tu sendiri.

4. PEMBAYARAN

Usually tak ada pembayaran akan dikenakan jika betul korang dapat hadiah sebab selalunya tukang pengirim boleh bayar as long dia tick dekat ruangan (shipper paid) means segala benda fee dia yang akan bayar. Unless kalau korang beli barang dari luar negara dalam kuantiti yang banyak dan itu pun pihak kastam akan lihat jika barang yang uols beli tu dikenakan cukai ataupun tidak.

Uols ingat senang senang ke pihak kastam suruh uols bayar sampai beribu henget. Lammmmbeeetttt lagi *roll eyes*
hahahah...


5. EMAIL



Kebiasaan email untuk courier ni, mereka akan guna bahagian belakang nama courier mereka. Contoh, customerservice@dhl.express. Ini contoh sahaja ye anak anak sekalian. Kalau mana yang dapat email, bahagian belakang guna email biasa contohnya tina@gmail.com. Pada Faz itu bukan email rasmi sesebuah courier. Even Poslaju pun pekerja diaorang bahagian belakang akan guna nama Poslaju juga untuk apa2 urusan.


Takkan la courier luar negara guna email cikai cikai je kan 😝 Tapi tak tahu la kalau ada heee


Now, action atau apa tindakan yang perlu uols buat ?


So Faz create a few situation yang kebiasaannya terjadi.


The situation


S: Diaorang cakap barang sampai dalam 2 hari. Dan courier akan contact uols.


J: Refer balik dekat "MASA". Dan apabila courier contact uols, dekat sini ada 2 option je, pertama korang layan second korang block atau buat tak tahu je.


S: Mereka dah post out barang tersebut dan mention yang uols akan kena bayar once barang dah sampai Malaysia dan pembayaran melibatkan beribu atau beratus ringgit.

Jangan ingat "eh sis, saya kena Rm200 je, means betul la kan"
Hamboi hamboi , jangan yakin sangat sis serte bro , takut terciduk saja 😌 Rm200 pun duit tau.

J :Usually Faz akan suruh uols block saja tapi mungkin ada yang tak percaya dan tak yakin. It's okay nevermind, kalau macam tu uols tunggu sampai courier yang kononnya itu contact dengan uols dan minta no acc. After that uols refer balik dekat bahagian NAMA ACC.

S : Courier dah contact dan minta uols bayar secepat mungkin agar mereka boleh post barang kepada anda sekalian.

J : Jangan nervous atau panik dan jangan terburu terburu nak bayar even dalam acc bank awak2 ada beribu ringgit. Cuba tanya courier itu dari courier mana sebab setahu Faz , kalau courier yang diguna buat penghantaran tiada branch untuk buat delivery dekat Malaysia, selalunya bila barang sampai Malaysia, mereka akan guna local courier yang mereka collab untuk penghantaran.

Sebagai contoh DHL, bila barang sampai ke New Zealand, pihak DHL akan guna local courier NZ untuk delivery. Faz tahu sebab ada sekali dua Faz buat delivery ke area sana dan pihak customer service DHL yang inform benda ini.

Semasa Faz kena scam dulu, memang tidak dinafikan Faz siap email courier yang konon buat delivery untuk Faz sebab Faz memang sungguh sungguh cari courier tu tapi tula jumpanya nama yang lebin kurang sama tapi Faz cuba nasib jela . Bila Faz beritahu si scammer tu dia kata bukan courier tu. Sedangkan dia cakap kalau tak percaya cuba la google πŸ˜’ Hampeh betul dan tang situ la suspicious Faz makin tebal. Sebab susah naw naw cari courier tu.


Nasihat Faz untuk uols, sila la rajinkan diri search even Faz pun ambil masa dekat 2-3 hari mencari. Tapi setelah apa yang Faz share ni kalian masih tidak percaya, terpulang pada diri anda sendiri. Masing masing boleh berfikir, ada akal yang boleh digunakan. 

Tetapi bagi sesiapa yang bila da baca part 2 ni pun masih tak tahu nak buat apa, boleh contact Faz dekat Insta ye..______faz_

Katakan tidak pada scammer guys!

Love,
Faz












Saturday, April 25, 2020

SONGKRAN FESTIVAL !

credit : pakcik Google


Perginya tahun 2018 (kena tulis besar sikit kang orang ingat aku pergi sana musim2 PKP ni πŸ˜…) pada bulan April, tahun ini baru nak up πŸ˜‚ 2 tahun dah berlalu. Sorry guys ! Ke'busy'an melanda 2 tahun kebelakangan ni 😝
.
.
.
.
.
.

Faz pergi Songkran dekat Hatyai. Teringin nak main tembak-tembak orang pakai pistol air (tak ada keje kan -_-). So Faz pergi with the whole family, mak, along, anak sedara and the boys (of course la nak kena jaga weols yang gegirl). Penunjuk segala jalan adalah kak long faz dengan kawan dia. So gerak dari KL waktu malam naik bas, sampai Kedah dalam kul 4 lebih nak pukul 5 pagi macam tu. Then kawan kak long faz jemput dekat stesen bas Sungai Petani , then terus gerak pergi ke pintu masuk Thailand. Sebelum tu singgah subuh dulu dekat RnR. Then teruskan perjalanan. Sebelum terlupa kalau ada yang nak pergi, make sure korang sampai dekat pintu masuk thailand pagi2 subuh ye sebab beratur je boleh tahan panjang lagi2 musim Songkran. 

Pergi dalam 4h3m kot, punya lah tak ingat, kejap la recall balik πŸ˜“.  Hari pertama sampai Hatyai kak long faz bawa kitaorang 1 family pergi makan dimsum(Dimsum Chabura Hatyai) korang boleh la search dekat Facebook. Ramai dah pergi sini. No worry halal ye sebab ownernya kalau tak silap orang Pattani muslim.

P/s : pergi makan dengan tak mandi nya lagi tu hahaha..makan makan dulu beli simcard semua. Bila ingat balik ya Allah perangai πŸ˜‚

sedap dimsum dia..nyumm




Lepas makan kitaorang terus direct pergi hotel, mandi terus tidur.  Petang apa lagi start meronda ronda sekitar hotel. Nak tengok sikit malam songkran ni macam mana kan.




please slow kan speaker anda πŸ˜…





Time songkran gambar gambar hilang tapi memang happening. Faz main dekat depan hotel je (siap pakej tak mandi terus turun main tapi iols gosok gigi and cuci muka dulu la πŸ˜‚) + diaorang pakai air batu so memang sejuk yang amat. Siapa baju kering memang diaorang tembak je pakai pistol tak pun jirus guna baldi πŸ˜‚ Tiba tiba teringat sorang uncle dari Melaka ni, suka betul tembak faz ish ish hahaha..

P/s : Waktu songkran tak payah la pakai makeup bagai memang lencun selencunnya 

                                   
while songkran


bertemankan laut yang terbentang luas


tomyam dia kemain mangkuk besar


Tapi walaupun besar gedabak macam tu pun bleh dikira murah la sebab banyak 'isi' kata orang. Udang pun besar besar. Harga kalau convert duit kita dalam RM18++  macam tu la. Tapi serius puas and rasa tomyam dia lain dengan yang dekat Malaysia. 

After that ada la pergi floating market. Nak beli souvenir boleh la beli dekat situ + siapa yang nak makan mango apa tu, kat sana banyak. Memang ada disediakan tempat untuk duduk makan. Memang kalau pergi Thailand ni uols tak boleh nak diet la sebab kejenya memang makan lagi dan lagi. Kalau diet rugi ler...sila diet selepas balik Malaysia ye hee πŸ’ƒ

Ada rezeki inshaAllah akan pergi lagi. Seronok bila kita berjalan dekat tempat orang, luas pemandangan dan banyak benda kita belajar sebenarnya bila kita travel. Siapa setuju dengan faz ?

Love, 
Faz









Friday, April 19, 2019

SCAM PENIPUAN BARANG DARI LUAR NEGARA

Assalamualaikum untuk tahun



Rasanya dah lama tak aktif blog. Ini pun teringat balik blog disebabkan ada content yang nak diceritakan dekat kakak's and adik's. Awak2 tak kisah lah cik akak, en abang dan sebagainya yang menyinggah blog Faz ni sihat tak ? Atau ada rasa tengah-tengah nak demam sebab fikir pasal tajuk dekat atas ? Jangan risau  πŸ’š


Oklah, tanpa memanjangkan cerita lagi mehla Faz share satu cerita ini. Ye, memang betul tekaan uols Faz dah jadi separuh mangsa scam ini. Macam mana boleh 'ter'kena sedangkan Faz dah sangat berhati-hati, tapi nak buat macam mana memang Faz tak tahu tentang scam penipuan barang dari luar negara. Aihh 😯😳 


PERMULAAN


Modus operasi diaorang yang pertama, mereka ini akan add korang dekat Instagram atau Facebook menggunakan gambar yang hensem dan cantik gilos uols! Cair makcik πŸ˜‚ Kebanyakan diaorang ini samada mak melayu, ayah cina , lahir dekat Malaysia tapi stay luar negara, (Faz tak adalah cakap semua yang macam ini scam, ada yang betul) dan macam-macam lagi lah,kalau nak senaraikan takut tak cukup ruang je πŸ˜‚.
.
.
.
.
.

Dan diaorang akan start DM/PM korang nak berkenalan dan sepanjang korang kenal tu mungkin diaorang akan minta la no phone untuk Whatsapp. So whatsapp la korang berloving dovey, berbaby, honey dear bagai la πŸ˜…


PERTENGAHAN


After diaorang make sure korang dah termakan kata-kata cinta atau tak, tak kisah lah, diaorang akan cakap nak bagi hadiah untuk korang. Konon hadiah untuk persahabatan, atau hadiah untuk apa-apa la. Nanti mungkin ada lah yang tanya, size kasut korang ke, size cincin ke, size baju ke and macam2 la dan uols ingat diaorang ini hantar itu sahaja sekali lepas dah hantar berderet-deret hadiah yang diaorang hantar dekat kita. Konon kita layak dapat semua itu lah.
.
.
.

Kebanyakan hadiah yang scammer ini akan bagi adalah :

- Handphone mahal (contoh Iphone)
- Baju
- Barang Kemas
- Handbag berjenama @ tak
- Duit (beribu riban pulak itu , kemain kayo)
- Etc


So nanti bila kononnya diaorang dah send barang, diaorang akan cakap, yang kita hanya perlu bayar tax atau clearance fee atau delivery fee. So, first of all, tanya diaorang apa nama courier company yang diaorang hantar. Make sure tanya ok, so sila buat research pasal courier tu. So nanti akan ada yg contact korang konon dari courier service mengatakan barang dari sekian sekian nama untuk korang dah sampai Malaysia . Macam mana cara diaorang contact ? baca sampai habis tau. Nanti Faz beritahu.




Ni contoh tracking yang pihak courier bagi




Kenapa bukan dari mamat ini ? Entah lah, macam kes Faz dia kata tak ada tracking sebab diplomatic courier . Faz dah terfikir juga, courier apa yang tak ada bagi tracking dekat customer. Diaorang ini akan contact korang melalui Email, Call atau Whatsapp.


KLIMAKS!


Macam Faz diaorang email, tapi Faz cakap Faz tak ada terima email , sebab kawan Faz dan group yang Faz jumpa suruh cakap macam itu, kira permainkan balik la scammer ini. Bila mamat tu tanya betul ke tak dapat, Faz cakap je tak ada dapat pun, mungkin email ada masalah kot πŸ˜†, tak lama lepas itu dapat Whatsapp dari no lain mengatakan diaorang ini dari courier company. Faz terus block *ikut nasihat kak azue and the gang lagi* 



Macam Faz diaorang suruh bayar Rm1k sebab Faz dah cakap awal-awal dekat scam ini Faz tak ada duit nak bayar, kira baik hati la suruh Faz bayar 1k je πŸ˜‚ . Agaknya kalau Faz bayar mesti akan suruh bayar lagi , bagi alasan lain pula, cakap barang overweight ke atau dapat tahu dalam itu ada duit ke so nak kena ada certificate apa entah berdasarkan research yang Faz jumpa lah.
.
.
.
.
.
.
.

Sebab ada kes yang sampai suruh bayar 4,5k . Sila sayang duit anda. Nanti dari situ la konon yang mana pegawai kastam menyamar call cakap suruh bayar lah apa lah. SILA JANGAN BAYAR , kalau diaorang paksa, cakap sahaja boleh tak saya nak bayar dekat pejabat kastam. Kalau diaorang kata boleh, tapi hanya boleh bayar dekat kastam KLIA atau apa-apa jela alasan diaorang bagi, uols ok kan je, nanti kadang diaorang ini buat-buat talian terputus la, apa la. 




Mana yang setuju nak bayar itu, nanti diaorang akan bagi no akaun persendirian . So kalau diaorang bagi no akaun personal ini sila abaikan, kebanyakan akaun persendirian ini atas nama orang melayu kita (agaknya geng2 diaorang ini la juga) Sebab pihak kastam tak ada minta korang bayar dekat akaun persendirian. Apa apa parcel dari luar negara, korang akan dipanggil ke pejabat pos yang ada kastam atau kastam akan bagi notis jika barang korang dah sampai. Banyakkan research pasal ini jika ada was-was.Nak lebih baik better call kastam terus, jangan call no persendirian melainkan korang ada kawan atau keluarga yang bekerja dengan kastam itu tak apa.


Alhamdulillah semuanya selamat dan hati pun dah tenang. Pengajaran dalam kehidupan supaya dimasa hadapan lebih berhati-hati, InshaAllah.Niat dihati ikhlas berkawan, fikir bagus juga at least boleh practice bahasa Inggeris , tingkatkan ilmu pengetahuan, sekali mehla kita berha ha ha. Alhamdulillah, Allah masih tergerakkan hati Faz untuk mencari kebenaran dan terjumpa kak azue. Syukur kehadrat Illahi. 


Ini Blog Kak Azue tentang scam ini juga tapi macam Kak Azue adik beliau yang hampir terkena .Ataupun boleh je dm Faz dekat ig Faz faz , kita akan tolong mana yang boleh. Tapi kalau dah terbayar tak boleh buat apa melainkan korang report polis sahaja.


p/s : sekarang diaorang ini tengah aktif tau. Mangsa bukan perempuan je, lelaki pun ada. Jaga-jaga. Tapi kalau niat diaorang baik, alhamdulillah rezeki korang la πŸ’—

New update : Sila baca Scam Kiriman Barang Part 2 untuk serba sedikit pengetahuan tentang courier ❤

Love,
Faz



Wednesday, July 18, 2018

TASIK KEBUN SERENDAH (24 & 25 Mac 2018)

Belated Hari Raya uolls 😰



Assalamualaikum hampir bersawang dah blog faz ni (mana sawangnya πŸ˜†) "ko tak nampak ayat atas tu belated lg ke faz oii"

.
.
.
.
Harap maaf dan ampun dipinta jika terdapat kesilapan dan tatabahasa mengarut faz dalam blog yang tak berapa nak famous ini. Selamat Hari Raya uolls even dah berapa hari Raya meninggalkan kita. Semoga kita sama2 panjang umur lagi dan harap agar dapat berjumpa bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri tahun depan. InshaAllah
.
.
.
.
Pernah dengar nama Tasik Kebun Serendah tak ? Mesti ada yang tahu dan ada yang tak tahu kan..Faz mula-mula pun tak tahu , tapi entah macam mana boleh ter'google'. Faz taip apa pun faz tak sure sebab dari tahun lepas kot kalau tak silap faz usha tempat ini..


So here you are TASIK KEBUN SERENDAH
.
.
Tanpa membuang masa faz nak beritahu yang bulan 3 haritu faz dapat bawa mak faz pergi bercuti dekat Tasik Kebun Serendah, Selangor. Alhamdulilllah ada sedikit rezeki untuk bawa mak berjalan walaupun dekat tapi atleast keluar sebentar dari kesibukan kampung (orang lain kesibukan bandar) nak buat mcm mana dah faz memang duduk kampung ken..(kampung girl uols)

hu hu hu

Entrence Tasik Kebun Serendah (gambar diwktu malam)


Faz memang dah lama aim tempat ni sebab sunyi dan ala2 mcm dalam hutan even resort ini sebenarnya dalam taman perumahan. Yup apa uols baca itu betul "TAMAN" ye..taman huhu. Faz tempah melalui facebook Tasik Kebun Serendah tetapi more kepada whatsapp lah. Sangat senang berurusan dengan En.Helmy yang menguruskan booking faz masa dekat sana even staff-staff pun friendly.

.
.


Nah ! Gambar pemandangan malam dia. Sangat cntik uols. Tasik Kebun Serendah ini pun menerima tempahan untuk buat wedding, team building, meeting ke sebab diaorang ada kemudahan yang disediakan. Tempatnya pun tenang je. Those memories still in my mind πŸ’—



abaikan plastik kfc itu
it's such a big place to stay 
faz baru tahu kewujudan air vitamin ni πŸ˜‚


bangun pagi berkejar nak tengok luar
perfect morning for me πŸ’“




breakfast time


tunggu nak check out


Dekat sini jugak ada swimming pool, so memang boleh sangat2 bagi siapa2 nak buat family gathering sebab budak2 kan suka pool. Mengenai security pulak, jam 12 malam pihak Tasik Kebun Serendah akan tutup pintu gate bagi keselamatan pengunjung yang bercuti dekat sana. Tak silap ada deposit Rm100 (akan dipulangkan balik semasa checkout nanti) dan 50% deposit diperlukan untuk secure your date. Haa gitewww


harga untuk tahun 2018 (awal tahun haritu)


Tapi sekarang maybe dah bertukar harga , who's know kan sebab GST udah ngak ada dong. Tapi apa2 boleh checkout dengan pihak TKS πŸ˜‡



image : En Helmy Tasik Kebun Serendah


image : En Helmy Tasik Kebun Serendah

Sebelum terlupa faz amik "Farmhouze Villa" untuk 1 stay faz dekat sana, so gambar2 yang faz upload ini, utk "Farmhouze Villa". InshaAllah akan datang lagi.




Some gift for you !
                                             
    

Next trip cont..
Love,
Faz



Wednesday, January 3, 2018

Terima surat mahkamah berkaitan PTPTN ?!


Assalamualaikum and holaa..


Dah pun masuk tahun 2018, syukur alhamdulillah dan masih single (eh tetiba πŸ˜‹πŸ˜‹) and this year i will be 28...Omaigishh πŸ˜..nah what to do ? just enjoy your life laa kan..it's just a number but inside very young
.
.
.
ok berkaitan dengan tajuk diatas, siapa pernah dapat surat dari mahkamah berkaitan ptptn ? well, ini pengalaman faz tentang uruskan ptptn yang tertunggak dan buat penstrukturan semula (alhamdulillah Allah tunjukkan jalan cara nak bayar balik ptptn eventhough masa tu hati dah tak kental sebab dapat surat mahkamah )


Ok first dapat surat itu, jangan gabra, take a deep breath. So first, kalau en/cik/puan ada dapat surat mahkamah itu, baca dulu isi kandungan , selalunya dalam surat itu akan dinyatakan tarikh untuk kita datang mahkamah tapi kalau tak nak datang mahkamah ada caranya (kira settle luar la). Kalau perasan dalam surat itu, ada nama pegawai undang-undang yang keluarkan surat saman ke atas peminjam, dan dekat bawah nama itu ada no.telefon pegawai itu. 


First yang faz buat dulu, faz call pegawai undang undang itu waktu pagi dalam kul 8-8.30 sebab kadang diaorang tengahari tak ada pergi mahkamah. Tapi masa faz call itu, faz cakap dengan pembantu dia sebab pegawai undang undang itu tak ada, dah pergi mahkamah, so faz tanya bila dia available, dan pembantu pegawai cakap dalam tengahari. Alhamdulillah, tengahari itu dapat cakap dengan pegawai dan bincang la dengan pegawai itu, apa yang boleh kita buat kalau tak nak datang mahkamah, boleh tak kita nak bayar sikit. Sebab selalunya kalau nak buat penstrukturan ini, kita kena bayar full tunggakan. Macam faz ada tertunggak dalam 6k, tapi sebab sedar diri duit tak ada, so bincang2 boleh keluarkan duit dari KWSP akaun 2. Ikut atas budi bicara pegawai tersebut untuk bayar berapa sebab kalau faz tak silap minimum 1k. 


Pegawai itu tanya faz ada tak i-akaun KWSP , faz cakap ada dan dia suruh faz mohon pengeluaran pendidikan secepat yang mungkin sebelum perbicaraan kali ke 2. Yang pertama faz tak dapat datang sebab tarikh hadir diri time itu la surat baru sampai rumah,lalu gimana sih gue mau pergi ke KL sedangkan gue duduk di batu pahat πŸ˜€. Dalam 2,3 hari kemudian faz dapat sms suruh pergi branch KWSP yang terdekat dan bawa la dokumen yang berkaitan, tapi malangnya permohonan faz ditolak sebab skrol yang faz bawa dengan maklumat di PTPTN berbeza.


Faz figured out permohonan faz ditolak sebab faz dulu belajar dekat kolej yang berkerjasama tapi masa faz g KWSP itu faz tak bawa bukti yang faz study dekat kolej yang bekerjasama cuma faz bawa skrol je. So faz buat permohonan kali ke 2 secara manual, faz prepare siap2 segala dokumen yang diperlukan bagi kolej yang bekerjasama dengan universiti induk/kolej induk.
.
.
.

 *mesti uols nak tahukan dokumen apa yang diperlukan, so ini dia dokumen2 yang diperlukan :

- Skrol asal
- Transkrip asal
- Surat perjanjian PTPTN (yang korang awal2 dulu masuk belajar duk sign byk2 kertas itu)
- IC (mesti lah kan)
- Surat beranak (kalau tak silap la)
*sila buat photocopy ok sebab nanti pegawai KWSP akan ambil dokumen2 itu (yang asal korang simpan, dia akan ambil yang photostat tu je)

Tapi bagi yang memang study dekat induk cuma perlu bawa skrol asal, transkrip asal,ic dan surat beranak dan sila buat photocopy jugak ok. Nanti tak adalah nak berulang alik.
.
.
.

Then dalam 2,3 hari dia akan hantar sms yang mengatakan permohonan kita berjaya. Jangan lupa inform pegawai undang undang korang tau supaya dia boleh extend tarikh hadir diri ke mahkamah. So tunggu dalam beberapa hari call ptptn hotline untuk tanya samada pihak KWSP dah buat pembayaran ke PTPTN atau belum. *Duit itu dia tak akan masukkan dalam acc bank kita ok, dia akan terus buat pembayaran ke pihak yang berkaitan


Kalau pihak PTPTN dah terima pembayaran bolehla pergi ke branch PTPTN terdekat untuk buat penstrukturan semula tapi sebelum pergi , faz nasihatkan untuk korang beli duti setem 2 keping sebab diaorang akan buat perjanjian baru untuk korang. Nanti bincangla dengan pegawai PTPTN berapa sebulan korang mampu bayar, dah setuju, sign surat perjanjian yang baru and then settle.

Tahniah anda dah pun berjaya settlekan dan pastikan selepas ini bayar ikut amaun yang ditetapkan. Hati pun dah lega, nak g travel pun tak ada masalah dah ❤


Ps: kita berhutang untuk sambung belajar, dah dapat kerja bayarla balik duit yang kita pinjam itu supaya generasi seterusnya dapat meminjam untuk menyabung pengajian dan mencapai cita-cita yang diidamkan.



Love,
Faz

Friday, December 29, 2017

Color Trend Tahun 2018 ?

Assalamualaikum..



Hi guys, lagi beberapa hari je lagi nak masuk tahun 2018..Sekejap sangat rasanya berlalu dan impian faz nak buka sendiri satu kedai masih belum kesampaian. InshaAllah masih dalam perancangan..doakan faz semoga berjaya ❤




Sooo..faz macam biasa lah,bila nak masuk tahun baru ni, kita sebagai muslim tentu akan tengok kalender bila kita start menyambut bulan ramadhan dan tentu2 sekali tengok hari raya aidilfitri jatuh bulan berapa kan (ke faz sorang je yang jenis tengok puasa dan raya bulan brape ?). Jadinya seperti biasa, faz memang akan tempah baju raya dengan kakak ini beberapa bulan lebih awal sebab takut kalau lambat dapat lepas raya..hehe sebab kakak ini ambil tempahan buat baju kawin jugak tau. Akak ni fashion designer dekat kelantan dulu dia stay dekat kuala lumpur tapi dah pindah so faz tempah baju dengan akak ini secara online sebab faz stay Batu Pahat, Johor. Alhamdulillah dah beberapa kali faz repeat buat baju dengan akk tini (nama panggilan).
.
.
.


 baju raya untuk tahun 2017
.
.
.

Faz cerita serba sedikit tentang baju yang faz tempah. Baju ni faz tempah dalam awal tahun kalau tak silap, kain faz yang provide kalau nak suruh akak tu belikan pun boleh cuma beritahu je dekat akak tu uols nak kain jenis apa, settle. Faz tempah dalam Rm200+ termasuk postage. Baju faz yang color pink lembut tu tau (faz bukan peminat pink he) yang putih itu maybe baju nikah orang rasanya. Sebenanrnya kain faz tu kembang sebab buat kain panel 6 ke panel 8 dan ada horse hair so memang bila pakai tu kembang. Macam yang faz imagine kan bila pakai tapi sorry tak ada gambar bila pakai. He he.. 




Jadinya seperti tajuk diatas, faz nak tahu color apa yang trend untuk tahun 2018 ? Too many color's popup on my mind for now. Faz ini suka color yang dark2 tak pun pastel tapi tak semua color pastel faz suka depends on my eyes la ha ha ha . So, for 2018 faz macam tertarik hati nak buat baju dengan beberapa color yang bermain dalam kepala faz ni. Design baju memang dah ada and for sure kain tak kembang sebab tema untuk raya tahun 2018 simple and elegant..Jap elegant ke πŸ˜†



Whatever it is, let's checkout color apa yang faz nak tapi confius πŸ‘€
.
.
.


army green (left) or olive green (right)

.
.
.




blush lavender (left)  or mauve lavender (right)
.
.
.



champagne gold yang macam bridesmaid pakai 
.
.
.


french vanilla ni pun nice 

.
.
.


Selain itu, faz nak color putih juga..creamy white ke..walawei..susah betul jadi faz ini πŸ˜•. U guys dah ada plan ke nak color apa ? Mehla share sharing dengan faz atau uols rasa still too early to think about that..(me excited kalau part baju raya ni )



Tapi kalau online seller ini dah start survey untuk color yang in baju raya 2018 so tak ada la terlalu awal kan (ayat penyedap hati ha ha) sebab InshaAllah kita start berpuasa bulan 5 dan dijangka menyambut aidilfitri bulan 6 pertengahan. Ha jangan lupa ganti puasa kalau masih ada yang berbaki ye tak kiralah lelaki mahupun wanita.


So, let's me know what your color for 2018 ya ? Mana tahu kita boleh tubuhkan group2 warna baju yang paling in tahun 2018 ❤ mih mih mih



Love,
Faz



Thursday, December 21, 2017

Rev : IFLAWLESS

Assalamualaikum guys !



Dah lama kan faz tak buat review. Lately ini busy sikit plus laptop pun dah tak dapat diselamatkan lagi. Jadi segala nak mengupdate blog memang totally dekat office πŸ˜– (jangan ikut tau). So back to our discussion. Iflawless, siapa pernah dengar? So kita nak discuss tentang iflawless! who's know about iflawless ? raise your hand wohooo (he he) ok lah ok lah, biar la faz je yang cakap. Antara salah satu kandungan dalam iflawless ni ialah minyak argan. Kita memang tahu kan kebaikan minyak argan ini untuk tubuh badan, kuku, muka. Tak silap minyak argan ini berasal dari timur tengah. No wonder lerh gegadis disana semua cantik2 dan gebu2. Selain minyak argan, ia juga mengandungi kepingan 24k emas serta ada bau aromaterapi. 



model iflawless tak berbayar

Selain bagi kebaikan pada kita, ia juga sangat bagus dalam mencantikkan serta melembapkan lagi kulit muka bila kita bermakeup. Plus hasil penggunaan iflawless ini akan jadikan makeup kita lagi  nampak walaaah  (paham tak ?) hu hu . Siapa yang agak terbatas untuk membeli farsali boleh la cuba beli iflawless ini. Tak silap harganya Rm69 kot. Berapa lama boleh satu botol ? Kalau macam faz boleh tahan dalam 2-3 bulan bergantung pada cara pemakaianya. Kalau banyak makeup, cepatlah habis (kadang faz ambil upah makeup member πŸ˜€ )



Ok mesti ada yang agak tertanya , kalau muka berminyak ok ke nak pakai ? No worries girls, oily face pun boleh pakai tapi jangan letak banyak sangat, letak sikit sikit je. InshaAllah memang ok buktinya sebab faz memiliki muka yang oily plus sensitif. Tak boleh pakai sebarangan produk confirm naik bintik bintik merah kalau tak ok dengan kulit faz. Bagi yang memiliki kulit kering sangatlah digalakkan bagi mengimbangi kadar kelembapan kulit muka korang plus jangan lupa pakai moisturizer jugak ok. Muka oily pun kena pakai tau sebab ramai yang berpendapat bahawa kulit muka oily tak pakai moisturizer pun tak apa sebenanrnya sangat la salah anggapan korang tu. 


Pesanan penaja : yang keje duk dalam office beraircond pun kena pakai moisturizer bagi mengelakkan kulit muka kering plus banyakkan minum air masak untuk jaga kelembapan kulit muka.


Ok la last nak up gambar sendiri sebab perasan model iflawless hek
 ada gaya jadi model tak ? lol



So, overall memang faz puas hati dengan iflawless ini. Tak pernah tukar lagi kepada brand lain setakat ini la. So inilah pengalaman faz pakai iflawless.


Next review ? 


Love,
Faz